Rabu, 25 Mac 2020

COVID-19 Cara Dan Syarat Keluarkan Akaun 2 KWSP

Covid-19. Ini Cara Pengeluaran Akaun 2 KWSP. 

Covid-19. Ini Cara Pengeluaran Akaun 2 KWSP.

Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh membuat pendaftaran untuk pengeluaran kemudahan i-Lestari KWSP menerusi :
1. E-mel atau pos bermula 1 April 2020
2. Dalam talian (Online) bermula 1 Mei 2020

Ahli KWSP akan menerima bayaran ke akaun bank masing-masing bermula Mei ini. Butiran terperinci mengenai kaedah ini akan diwar-warkan sebelum 31 Mac.

Syarat Permohonan Pengeluaran Akaun 2 KWSP i-Lestari


Semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.

Inisiatif ini diumumkan sebagai salah satu langkah untuk menangani impak penularan virus COVID-19, dijangka memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP, dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 billion.

KWSP menyarankan ahli-ahlinya agar membuat pendaftaran secara dalam talian bermula 1 Mei kerana prosesnya lebih cepat dan tepat dan hanya mengambil masa tiga hari untuk diproses berbanding permohonan secara e-mel dan pos yang mungkin memakan masa lebih lama kerana pengesahan manual perlu dibuat dengan lebih terperinci bagi melindungi keselamatan akaun ahli. 

Ahli-ahli dinasihatkan supaya menggunakan kaedah berkenaan dan tidak perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Dalam pada itu, Pihak KWSP menasihatkan ahli-ahli agar tidak tertipu dengan sebarang skim penipuan dan hanya berurusan dengan KWSP sahaja.

Jenazah COVID-19 Dipeluk Dicium Keluarga

Jenazah Positif COVID-19 Dipeluk Dicium Keluarga Sebelum Di Kebumikan


Jenazah Positif COVID-19 Dipeluk Dicium Keluarga Sebelum Di Kebumikan

Heboh 1 kejadian dimana jenazah yang disyaki meninggal akibat positif COVID-19 dibawa pulang ahli keluarga untuk dikebumikan sendiri oleh pihak keluarga. Lebih membimbangkan, balutan plastik untuk mencegah penyebaran virus corona yang terdapat pada tubuh jenazah juga dibuka oleh ahli keluarga jenazah untuk memeluk dan mencium jenazah buat kali terakhir.

Walaubagaimanapun, kejadian tersebut berlaku di Kolaka, salah satu daerah di Indonesia.

Jenazah Positif COVID-19 Dipeluk Dicium Keluarga Sebelum Di Kebumikan

Jenazah adalah seorang wanita berusia 32 tahun meninggal dunia di Hospital Bahteramas di Sulawesi Tenggara, Indonesia, Isnin lalu. Jenazah dikatakan mempunyai sejarah perjalanan menunaikan Umrah sebelum meninggal dan disyaki akibat COVID-19.

Jenazah wanita tersebut telah dibawa dari hospital Bahteramas menuju ke daerah Kolaka dengan menggunakan kereta persendirian milik seorang ahli keluarga jenazah.

Sebelum jenazah dihantar ke rumah, jururawat dan doktor hospital tersebit melakukan tindakan antisipatif dengan menentukan kemungkinan virus itu tersebar. Doktor membungkus jenazah wanita tersebut dengan plastik sebelum dibawa pulang oleh pihak keluarga.

Jenazah Positif COVID-19 Dipeluk Dicium Keluarga Sebelum Di Kebumikan

Pengarah Hospital Kendari Bahteramas, Dr Sjarif Subijakto, menyatakan bahawa pesakit telah cuba dirawat mengikut SOP pengirusan mayat COVID-19 namun keluarganya menolak untuk diberikan keranda dan dihantar oleh ambulans apabila mayat dibawa ke rumah.

“Ya kami terpaksa membuat kenyataan, jika ada apa-apa yang berlaku nanti, keluarga yang akan menanggung akibatnya kerana hospital sudah memaksa,” kata Sjarif.

Tidak cukup dengan berkeras untuk menguruskan sendiri jenazah keluarga mereka yang disyaki akibat COVID-19, lilitan plastik dan pita pelekat pada jenazah juga dilepaskan oleh pihak keluarga sebelum dikebumikam. Beberapa orang dilihat mencium dan memeluk jenazah.

Doktor forensik Sulawesi Tenggara, Dr Mauluddin berkata apa yang dilakukan oleh pihak hospital sudah mengikut prosedur untuk menguruskan jenazah terbabit.

“Mudah-mudahan bukan positif Covid-19. Namun, pita plastik itu berfungsi untuk memutuskan potensi rantaian penularan virus terhadap orang di sekeliling,” katanya.

Menurut Ketua Pasukan Petugas Koordinasi Covid-19 Sulawesi Tenggara, La Ode Rabiul Awal, dia tidak mahu meneka mengenai keadaan pesakit. Apabila diisytiharkan meninggal dunia, dia menjadi suspek Covid-19.

Susulan kes penyebaran COVID-19 yang telah merebak hampir ke semua negara, Indonesia mencatat 58 kematian dari 790 kes disyaki
COVID-19

Statistik kematian COVID-19 di indonesia

Warga Bagan Serai Ditahan Reman Ingkar PKP

Lelaki India Warga Bagan Serai Di Tahan Reman Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan


Lelaki india bagan serai di tahan reman ingkar Perintah Kawalan Pergerakan
Lelaki Bagan Serai Ditahan ingkar PKP - Gambar Hiasan

Bagan Serai : Seorang lelaki india berusia lingkungan 28 tahun telah di tahan oleh anggota PDRM IPD Kerian pada malam tadi (24 Mac) sekitar jam 8:30 malam sewaktu anggota sedang menjalankan penguatkuasaan PKP di sekitar Pekan Bagan Serai.

Lelaki itu telah di arahkan untuk pulang ke rumah secara dengan lisan yang berhemah oleh anggota yang bertugas, namun lelaki tersebut membalas arahan tersebut dengan mengeluarkan perkataan " B*bi Polis " P*ndek Polis " dan berbagai perkataan kesat dan lucah yang lain terhadap petugas yang berada di lapangan.

Akibat dari tindakannya,anggota pdrm IPD Kerian bertindak menahan suspek berikutan menghalang tugas penjawat awam. 

Lelaki tersebut kini ditahan reman selama tiga hari sehingga Jumaat ini.

Ini merupakan kes pertama  menghalang tugas penjawat awam sepanjang Ops Covid-19 dilaksanakan di Daerah Kerian. 

Kes disiasat dibawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan pihak PDRM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada pihak sesiapa sahaja yang menghalang tugas penjawat awam sepanjang ops Covid-19 dilaksanakan. 

Wat Kamal Abas
Media BSKH

Selasa, 24 Mac 2020

COVID-19 Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan

Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Sehingga 14 April 2020


Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan - PM


KUALA LUMPUR: : Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020, ujar Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau menjelaskan, pelanjutan tempoh berkenaan dibuat lebih awal agar rakyat lebih bersedia.

"Kerajaan telah memutuskan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Saya memaklumkan pelanjutan tempoh ini lebih awal supaya saudara saudari lebih bersedia," katanya semasa Perutusan Perdana Menteri yang disiarkan Secara Langsung pada Rabu.

Justeru, mereka yang telah pulang ke kampung halaman sebelum ini diingatkan agar tidak pulang ke ibu kota.

"Anda yang berada di kampung tak perlu bergegas balik ke Kuala Lumpur hujung minggu ini. Duduklah dulu di kampung dan jangan ke mana-mana. Anak-anak yang sepatutnya balik ke asrama, tak perlu balik ke asrama lagi. Tunggu dulu.

"Pejabat-pejabat yang masih ditutup tak perlu dibuka lagi. Jika ada perkara penting yang nak diurus dalam tempoh dua tiga minggu yang akan datang, rancanglah dari sekarang bagaimana nak menguruskannya,"tambahnya.

Sumber : Awani

*************

Untuk menonton Perutusan Perdana Menteri berkenaan perlanjutan Perintah Kawalan Pergerakan, klik sini

Penemuan Baru Sifat Virus Corona Ini Sangat Mengejutkan

Penemuan Baru Sifat Virus Corona Ini Sangat Mengejutkan Dan Membimbangkan Orang Ramai


Penemuan baru sifat virus Corona ini sangat mengejutkan

China kini hampir bebas dari Covid-19 selepas beberapa hari tiada kes positif baru dicatatkan. Terkini penyelidik China telah bedah siasat 29 mangsa Covid-19 yang meninggal dunia dan apa yang mereka temui amat mengejutkan.

Virus Covid-19 Kekal Di Paru-Paru Walau Dah Meninggal Dunia

Kumpulan penyelidik China menjalankan bedah siasat ke atas 29 mayat pesakit COVID-19 dan mendapati virus itu tetap berada di paru-paru mangsa walaupun selepas meninggal dunia, lapor agensi berita Xinhua.

Penemuan Baru Sifat Virus Corona terhadap pesakit yang sudah meninggal

Bedah siasat itu turut menunjukkan kerosakan teruk ke atas sistem kekebalan pesakit terhadap penyakit yang mungkin menjadi ‘faktor amat penting’ kepada kematian mereka, kata pakar penyakit berjangkit Hospital Universiti Pertama Peking, Wang Guiqiang, pada sidang akhbar di Beijing Selasa.

Wang menambah, jangkitan itu bukan hanya menyebabkan perubahan patalogi teruk pada paru-paru pesakit, tetapi turut merosakkan salur bronkial kecil yang mengakibatkan penghidap penyakit lebih sukar bernafas.